Melayu Boleh – Boleh kah Melayu?

Melayu Boleh – Melayu boleh buat Lawak

Arkib bagi Hari 5 Januari 2007

Melayu Boleh – Terlepas Perhentian Bas

Posted by melayu boleh di Januari 5, 2007

Seorang gadis cantik menaiki bas yang penuh sesak.Seorang lelaki muda bangun tetapi belum sempat bercakap, gadis itu menolak lelaki itu ke tempat duduknya dengan lembut sambil berkata “Terima kasih, saya lebih suka berdiri”.

Lelaki itu berdiri semula tetapi sekali lagi gadis itumenolaknya duduk semula dan menyatakan yang dia nak berdiri.Kali ketiga bangun, lelaki muda itu itu menjerit,”kak,saya nak turun.Saya dah terlepas perhentian saya.

Dikirim dalam Lawak, melayu boleh | 1 Komen »

Melayu Boleh – Siapa yang tidak bertanya

Posted by melayu boleh di Januari 5, 2007

Seorang penumpang di dalam keretapi elektrik bertanya pada konduktor “Adakah merokok di benarkan?” “Tidak”,konduktor tersebut memberitahu penumpang tersebut. “Kalau begitu, dari mana datangnya puntung-puntung rokok ini?” Konduktor itu menjawab,”Dari mereka yang tidak bertanya soalan.”

Dikirim dalam Lawak, melayu boleh | Leave a Comment »

Melayu Boleh – Sukan Yang Sudah Pupus Di Dunia

Posted by melayu boleh di Januari 5, 2007

LARI 100KM BERPAGAR-
Corak pertandingannya sama dengan lari 100 meter berpagar. Sukan ini dahulunya amat popular di Uganda dan pernah dipertandingkan dalam Olimpik 1821 di Guantong, China. Kepupusan sukan ini adalah kerana peserta yang memasuki sukan ini akan mati pucuk serta mengalami osteoporosis kerana kerap melompat pagar setiap 10 meter. Sejarah mencatatkan tiada pemenang dalam pertandingan ini kerana baru nak masuk 1 km je banyak yang muntah darah dan terberak-berak.

REJAM LEMBU
Berlainan dengan sukan merejam lembing sekarang ini, merejam lembu lebih famous pada masa dahulu kerana banyak kenduri-kenduri kahwin memerlukan lembu untuk dibuat gulai. Peserta akan menarik tali di lubang hidung lembu dan membuat balik kuang untuk membaling lembu tersebut ke rumah yang melangsungkan kenduri. Secara otomatik lembu itu akan terhempas dan hancur kemudian terus dibuat gulai. Kepupusan sukan ini adalah kerana kehadiran Islam dan lembu itu hendaklah disembelih.

LOMPAT KAJANG
Sekiranya Lompat Kijang memerlukan lompatan yang ke atas pasir, Lompat Kajang pula memerlukan peserta melompat sampai ke Kajang, Selangor sambil membacakan pantun ‘Kajang Pak Malau, Kajang Belikat’. Kemudian apabila sampai di Kajang perlulah pula peserta membeli Satey Kajang dan makan dengan lidi-lidinya sekali. Kepupusan sukan ini adalah disebabkan pada waktu itu kedai sate Hj Sahmuri masih belum dibuka.

BOLA TEMPELENG
Sukan ini amat berlainan dengan Bola Tampar kerana permainan ini memerlukan pemain menempeleng muka pengadil sambil menyanyikan lagu negaraku. Sukan ini pupus kerana sesiapa yang jadi pengadil pada perlawanan ini akan mengalami sakit untut berpanjangan akibat dari tempelengan para pemain.

Dikirim dalam Lawak, melayu boleh | Leave a Comment »

Melayu Boleh – Puteri Mayang Mengurai

Posted by melayu boleh di Januari 5, 2007

Tersebutlah kisah di zaman manusia masih pakai nama jambu, mempelam lagi. Ada la sorang mamat tu namanya Buyong. Kerjanya hanyalah bercucuk tanam. Tapi dia ni suka memancing. Pantang ada masa free, mesti dia pergi mancing punya.

Suatu hari tu ada la pengumuman dari pembesar istana bagitau kalau sesiapa ada jumpa sehelai rambut yang panjang, kenalah kembalikan ke istana kerana rambut tu milik Puteri Mayang Mengurai. Sebagai ganjarannya sesiapa yang ada jumpa ngan rambut tu akan dikawinkan dengan Puteri Mayang Mengurai. Ini kerana semenjak kehilangan rambut tu Puteri Mayang Mengurai selalu bersedih sehingga tak lalu nak makan. Apatah lagi nak tidur.

Si Buyong pun mulalah pasang angan-angan yang puteri tu mesti cantik sebab sehelai rambut aje hilang kecoh ke pelusuk negeri. On the way pergi mancing dia cuba bayangkan muka si Puteri Mayang Mengurai. Tanpa disangka, masa tengah mancing tu terlekatlah sehelai rambut yang panjang kat kaki si Buyong. Dia pun agak-agak ni mesti rambut Puteri Mayang Mengurai. Tanpa berlengah lagi dia bawa rambut tu ke istana.

Bila je berita si Buyong dah jumpa rambut Puteri Mayang Mengurai tu heboh sampai ke istana, baginda raja pun buat pengumuman yang si Buyong akan dikawinkan ngan Puteri Mayang Mengurai. Si Buyong buat permintaan nak tengok Puteri Mayang Mengurai. Dalam hati dia lawa gak puteri tu tapi dia pakai selendang tak dapatlah si Buyong tengok rambut dia yang panjang tu. Tapi sempat kembang hidung Buyung sebab dapat kawin dengan anak raja.

Puteri Mayang Mengurai tu pulak bila nampak aje rambut dia yang sehelai tu terus lari. Maka terlepaslah selendang yang menutup kepalanya. Bukan main terperanjat si Buyong sebab rambut Puteri Mayang Mengurai tu cuma 2 helai je. Yang dia jumpa tu rambut ketiga. Apalagi si Buyong pun jatuh pengsan…

Moral :- Jangan pandang seseorang tu pada rambutnya yang panjang sebab belum tentu yg berambut panjang tu lebat rambutnya.

Dikirim dalam Lawak, melayu boleh | Leave a Comment »

Melayu Boleh – Mana peginyer duit lagi singgit ???

Posted by melayu boleh di Januari 5, 2007

Ada 3 orang member kamcheng pegi becuti kat pulau tioman… Sampai kat sana, dia orang pun pegi laa cari resort tempat persantaian dia orang barang semalam… Riki punya riki…. last-last dapat laaa satu resort yg sewanya cuma RM30 satu malam….

Since dia orang ni member kamcheng giler..depa pakat nak sewa satu bilik je & tanpa banyak soal..masing2 keluarkan sorang RM10…kira tong-tong 3 org laaa….. So bila dapat kunci jer…depa tanpa membuang masa terus jer pegi bilik…..

Lepas depa blah pegi bilik….. minah cun kat front office tu baru teringat yg laaa ni resort dia tengah buat promotion…so satu bilik cuma RM25 je…

Minah ni pun panggil bell boy suruh pulangkan balik lagi RM5 kat mamat 3 org tu… On the way nak pulangkan duit tu..si bell boy ni tepikir yg duit belen ada RM5… Mamat tu ada 3 org… camna nak bagi duit tu sama rata kat diaorg..??? Pikir punya pikir last2 mamat ni dapat idea…dia pulangkan sorang RM1 kat mamat tu… Then belen lagi RM2… dia ambik buat beli jajan…

Maknanya….
Mamat 3 org tu cuma bayar duit hotel sorang RM9….
Total depa bayar….RM9.00 x 3 =RM27…
Mamat bell boy tu amik RM2…so total semua sekali
RM27 + RM2 =RM29

Mana pegi lagi singgit….?????????????

Dikirim dalam Lawak, melayu boleh | Leave a Comment »

Melayu Boleh – Cucuku yang nakal

Posted by melayu boleh di Januari 5, 2007

Aku ada seorang cucu namanya Jendul , die ni baru 4 thn aje…tapi nakal mengalahkan atuknya. Bayangkan la suka sangat die naik kat belakng tengkok aku yg dah nak mereput ni..silap ari boleh tanggal dibuatnya.

Satu sikap yang membuatkan aku bengang tahap maksimest kat die ni suka sangat kacau aku time aku makan. Apa yg aku nak makan itu le yg die nak…geram tul aku..aku belum sempat nak makan die dah songlap bawak lari makanan aku tu.

Suatu hari….bini aku masak la bubur durian…aku memang dah lama mengidam tu…aku pon ambik la semangkuk dan cover line la takut cucu aku nampak kang die rembat plak bubur yg aku ambik tu.Aku rase la sesudu dua pastu simpan bio die sejuk dulu…

Tiba2..aku tengok dah hilan gdah gerenti cucu aku ambik..dan kantoi la cucu aku tu tgh makan bawah tangga umah aku…aku pon dgn muka tanpa perasaan dan toye jer melihat perangai die yg buruk hampeh tu…agaknya die terase sebab aku buat muka mancho semcam jer….die cam rase bersalah plak….

“Atuk marah ke Jendul wat cam tu…sory la tuk” katenya “Jendul janji tak wat lagik…atuk jgn la ambik ati…..”sambungnya aku terus membisu dengan muka yg inersion ” ala tuk…..nanti jendul ambik kan yg lain yer….senyum la sikit tuk…ala tuk…senyum la sikit”die cuba memujuk aku..

Akhirnya aku pon ok la atuk tak marah sambil mengukirkan senyuman kepada nya tanda memaafkannya.

“Eh atuk…pasal gigi palsu atuk tak der…..”die tiba2 menyapa.
“Atuk sorok kan dalam bubur atuk tadi…”

Semenjak hari tu cucu aku terus balik kl ikut mak ayahnya dan tak balik2 lagik ke rumah aku..haaaaa sedihnya.

Dikirim dalam Lawak, melayu boleh | Leave a Comment »

Melayu Boleh – Bihun vs Mee

Posted by melayu boleh di Januari 5, 2007

Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan di supermarket, mereka tak pernah bertegur sapa. Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum, “Dasar si kuning gemuk… ingat orang suka sangat kat dialah tu!” hari-hari berlalu… namun mee buat derk aje dengan segala kerenah dan hinaan bihun.

Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain. bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya.

Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti. Bihun rasa marah dah berteriak; “Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!”

Dikirim dalam Lawak, melayu boleh | Leave a Comment »

Melayu Boleh – FAQ (Soalan Yang Kerap di Tanya)

Posted by melayu boleh di Januari 5, 2007

* Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
“Tunggu bas ke?”
Anda harus menjawab: “Taklah aku tengah tunggu
helikopter, lambat plak ari nie ye”

* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya:
“Ko nak mandi ke?”
Jawab : “Taklah aku nak pi main lelayang
kejap, ko nak join?”

* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
“Aik? tulis surat nampak?”
Jawab : “Oh ye ke? aku tak prasan ah…tangan
aku bergerak sendiri”

* Anda sedang makan nasik dan orang tegur:
“Makan nasik?”
Jawab : ” Mata ko buta ke per? Kan aku
tengah minum teh ais nie?”

* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer:
“Baru balik dari keje?”
Jawab : “Taklah, saya dari rumah, nak pi
keje lah nie…opis saya dah pindah kat
rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis”

* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur:
“Eh kau sibuk ke?”
Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia
pastu kompang siket pipi dia.

* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer:
“Eh citer melayu ke?”
Jawab : “Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro
menentang Raksaser dari Planet X…ko
tunggu jap nanti otromen kuar”.

Dikirim dalam Lawak, melayu boleh | Leave a Comment »

Melayu Boleh – Belajar bahasa inggeris

Posted by melayu boleh di Januari 5, 2007

Miss Ann seorang cikgu perempuan yang mengajar Bahasa Inggeris untuk tahun
1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 ayat Inggeris dan kemukakan
pada hari Isnin nanti.

Ketika dalam perjalan pulang, Amin salah seorang anak murid cikgu itu
ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada
satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menjerit “Shut up you !!”. Apabila
sampai di rumah dia bertanya kepada bapanya, “shut up you” tu Bahasa Inggeris
ke? Bapa dia jawab, iye. Dapat dah satu perkataan, kata Amin di dalam hati.

Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa superman
nak terbang dia kata “Superman !!!” dia tanya bapa dia lagi, Superman tu
Bahasa Inggeris dan bapa dia kata yes. Dua perkataan dah, kata budak itu.

Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan, dia ternampak ada seorang lelaki
dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. Perempuan itu kata
“Ladies first” balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itu pun Bahasa
Inggeris. Ah, lega nya kata budak itu.

Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.

Cikgu: OK boy, did you get the words?

Budak: Yes, teacher.

Cikgu: Good, what is your first word?

Budak: Shut up you !!!

Cikgu: What did you say? Are you mad? Who do you think you are?

Budak: Superman !!!

Cikgu: Bloody fool! Get out from this class

Budak: Ladies First

Dikirim dalam Lawak, melayu boleh | Leave a Comment »

Melayu Boleh – Melintas

Posted by melayu boleh di Januari 5, 2007

Radhi dan Khalid, dua orang anggota polis yang baru bertugas membuat rondaan di suatu kawasan yang agak terpencil. tengah syok berborak tentang kerja, tiba-tiba mereka terlihat ada seorang budak lelaki menangis di tepi jalan. lalu mereka memberhentikan kereta berdekatan dengan budak tadi.

“Fasal apa adik menangis”, tanya Radhi.
“Bagitaulah kat abang kalau-kalau abang boleh tolong”,pujuk Khalid pulak.

Sambil teresak-esak budak tu berkata “Tadi sebelum saya keluar mak dah pesan. kalau nak melintas jalan tunggu kereta lalu dulu. masalahnya dari tadi sampai sekarang tiada sebuah kereta pon yang lalu. Motor buruk ada laa..”.

Mendengar penjelasan budak tadi, radhi dan khalid hanya menggelengkan kepala. tak tau aper nak explain kat budak tue…

Dikirim dalam Lawak, melayu boleh | Leave a Comment »

Melayu Boleh – Pantun empat kerat

Posted by melayu boleh di Januari 5, 2007

Di sebuah sekolah di pedalaman Pahang….yang penduduknya majoriti penduduk Orang Asli, telah menerima kehadiran seorang guru baru. Guru tersebut mengajar matapelajaran Bahasa Melayu. Setelah beberapa episod di sekolah itu, tibalah waktunya guru tersebut mengajar Pantun Melayu kepada anak-anak muridnya.

Guru : Murid-murid,hari ini cikgu hendak mengajar Pantun 4 kerat.

(proses P&P pun berjalan dengan lancar)

Untuk memantapkan lagi proses P&P, guru tersebut pun memberi contoh pantun…..tapi hanya 2 kerat saja , yang lagi 2 kerat tu…guru tersebut minta murid selesaikan memandangkan pantun tersebut adalah pantun yang popular di kalangan masyarakat Melayu…

Guru : Baiklah, siapa yang boleh lengkapkan pantun ini…

DUA TIGA KUCING BERLARI
MANA NAK SAMA SI KUCING BELANG
………………….
………………….

Tak seorang murid pun yang mengangkat tangan…jadi guru tersebut terpaksalah memanggil nama murid untuk selesaikan pantun itu……

Guru : Min, cuba selesaikan.

(Min pun bangun dengan bangganya)

Min : DUA TIGA KUCING BERLARI
MANA NAK SAMA SI KUCING BELANG

NAK SHAMER, SHAMER LAH,
TAK NAK SHAMER SHUDAH.

Setakat ini saja pelajaran pada hari ini…

Dikirim dalam Lawak, melayu boleh | 1 Komen »

Melayu Boleh – Pelukis

Posted by melayu boleh di Januari 5, 2007

Seorang artis bertanyakan kepada pemilik galeri mengenai lukisannya yang sedang dipamerkan kalau-kalau ada orang yang berminat untuk membelinya.

Pemilik tu kata “Ada berita baik dan berita buruk”

“Berita baiknya ada seorang lelaki yang bertanyakan mengenai lukisan tersebut dan ingin tahu adakah lukisan-lukisan tersebut akan meningkat harga setelah kematian pelukisnya”

“Bila saya katakan ya, dia membeli kesemua 15 lukisan tu…”

“Wow! Baguslah kalau begitu” kata artis tersebut. “tapi apa pulak berita buruk tu?”

Dengan berhati-hati pemilik tu cakap “Orang yang membeli kesemua lukisan tu ialah doktor anda!”

Dikirim dalam Lawak, melayu boleh | Leave a Comment »

Melayu Boleh – Cucu dan Nenek

Posted by melayu boleh di Januari 5, 2007

Seorang nenek dan cucunya menaiki bas dua tingkat.

Cucu: Marilah nenek kita naik ke tingkat dua. Di atas masih ada tempat duduk.
Nenek: Eh…sudah-sudah. Nenek tidak mahu naik, nenek takut.
Cucu: Mengapa nenek?
Nenek: Di tingkat atas tidak ada pemandu!

Dikirim dalam Lawak, melayu boleh | Leave a Comment »

Melayu Boleh – Orang Bodoh & Orang Pandai

Posted by melayu boleh di Januari 5, 2007

Orang bodoh = pakai credit card sampai maximum, lepas tu takleh bayar (berlagak macam org banyak duit!)
Orang pandai = pakai credit card tapi orang lain bayarkan (pakai kad klon la tu!)

Orang bodoh = ada motor tapi gi kerja nak naik LRT jugak (kes suka ‘bergesel’la ni)
Orang pandai = takde motor, takde kereta, takde LRT tapi ada otak (kes suka numpang kereta or motor kawan tapi tak reti nak hulur duit minyak!)

Orang bodoh = company dah sediakan nescafe, milo, biskut bla bla bla tapi gi minum gak kat cafeteria kena bayar plak tu
Orang pandai = tak minum kat cafeteria tapi company punya nescafe, milo, biskut bla bla bla angkut bawak balik !!!!

Orang bodoh = beli suratkhabar sebab nak tengok nombor ekor je pas tu buang
Orang pandai = orang yg tunggu org bodoh buang pas tu dia kutip… dapat baca semua sekali wo

Orang bodoh = kentut kuat² kat office pas tu bangga ngan baunya
Orang pandai = kentut senyap sunyi (takde bunyi) baunya… boleh buat unta sakit perut! dhab pun koma sekejap! pas tu bermati-matian salahkan member sebelah guess sapa member sebelah tu?…sibodoh yg kentut kuat tula!)

Orang bodoh = ada masalah cerita kat orang pandai
Orang pandai = dengar masalah orang bodoh pastu cerita kat orang bodoh yang lain, pas tu membodohkan orang bodoh tu…jadinya orang bodoh yang pertama tu jadi bodohs (plural)

Ada lagi…scroll down

Orang bodoh = orang yg buang masa baca cerita ni!
Orang pandai = saper yang forward cerita ni… há há há…aku la tu…
jadi yang mana satu pilihan bijak?
pandainyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

LEPAS BACA JANGAN MARAH…..NANTI KENA JUAL!!!!
****kalau nak jadi org yg pandai, cepat-cepat ler fwd cerita nih…….heheheheeeee……….

p/s: takkan nak kena sorang2 kan??? Kan?? Kan????

Dikirim dalam Lawak, melayu boleh | Leave a Comment »

Melayu Boleh – Bertuahnye anakku

Posted by melayu boleh di Januari 5, 2007

Seorang budak baru pulang dari hari pertamanya di sekolah. Setibanya dirumah si ibu pun bertanya.

Ibu: Endut, apa yang kamu belajar ari ni nak?

Endut: Tak cukup esok kena pegi lagi.

Dikirim dalam Lawak, melayu boleh | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.