Melayu Boleh – Boleh kah Melayu?

Melayu Boleh – Melayu boleh buat Lawak

Arkib bagi Hari 6 Januari 2007

Melayu Boleh – Jenis Pakaian yang pupus di dunia

DIkirim oleh melayu boleh di Januari 6, 2007

1. Kain Tungkek
Kain ni amat berlainan dengan kain songket kerana corak pada kain ini terlalu menjurus kepada simbol-simbol kesampahan dan kejijikan. Corak yang selalu disulamkan oleh perekacipta kain ini adalah seperti corak ulat-ulatan sampah-sarap, bangkai ayam, kotoran hidung, cecair yang keluar dari mulut kambing dan simbol-simbol setan. Disebabkan corak-corak tersebutlah kain ini akan mengeluarkan bau-bauan yang sangat bangsat baunya. Bau tersebut dikenali sebagai bau tungkek. Bertepatan dengan namanya kain tungkek, kain ini pupus disebabkan oleh jangkitan tungkek yang melanda pada pemakainya. Yang pasti bau sampah-sarap yang melanda adalah sabab-musabab ketungketan kain ini.

2. Baju Kekerusi
Seperti Baju Kemeja yang menjadi gaya hidup ofis pada masa kini, baju kekerusi pula adalah uniform rasmi atlit angkat berat Papua New Guinea. Baju ini direka khas untuk melatih bahu peserta angkat berat supaya tangan mereka lebih berstamina. Baju ini akan disulamkan dengan kaki kerusi di bahagian tangannya, tempat sandar di bahagian bahunya dan tempat duduk dibahagian perut. Namun fesyen ini membawa masalah kerana setiap kali dimana mereka berada, orang ramai pasti menyangka mereka adalah kerusi otomatik yang berjalan-jalan. Orang ramai akan megejar meraka untuk dibuat alas punggung ketika orang ramai berehat di taman. Kepupusan baju ini adalah disebabkan ramai atlit angkat berat tersebut mati kerana diduduki oleh para juri angkat berat.

3. Baju T-Shit
Baju T-Shit adalah modus operandi kepada baju t-shirt yang ada pada hari ini. Baju t-shit selalunya digunakan pada majlis keramaian seperti majlis kahwin-kahwin, majlis penyampaian hadiah dan majlis daerah ulu klang. Pemakai baju ini akan merasakan diri mereka tersangat riak tahap mentibang kerana bau-bauan yang hadir dari baju tersebut. Ini kerana semasa pemakai melalui di celah-celah orang ramai, orang ramai akan memberi laluan kepadanya dan menunduk sambil menutup hidung. Pada sangkaan si pemakai bahawasanya orang ramai sangat hormat padanya kerana pakaiannya. Padahal orang ramai menahan daripada nak muntah kerana bau taik yang amat dasyat tahap maharaja. Kepupusan baju ini adalah kerana sabun telah tercipta untuk mencuci pakaian jiran-jiran.

4. Spender Jeans
Kalau seluar jeans sudah ketat ya amat, apatah pula dengan spender jeans. Spender ini amat ketat-seketatnya sehingga tiada ruang untuk angin masuk. Spender ini tidak sesuai untuk lelaki dan perempuan tetapi ia hanya direkacipta dan sangat sesuai untuk superman sahaja. Tujuan superman memakai spender ini adalah kerana ia boleh menekan perut dan menekan di celah kangkang. Oleh itu semasa superman terbang, takdela nampak sangat ‘adiknya’ melanjut. Spender jeans ini sangat mahal harganya. Sebab itulah superman pakai spender kat luar sebab nak tunjuk spender dia tu mahal. Namun sudah ada superhero yang mampu memakai spender seperti superman tersebut iaitu spederman. Kepupusan spender ini adalah disebabkan…mana ada superman kat dunia ni, karut suma tu.

Pada artikal akan datang saya akan tunjukkan pada anda jenis-jenis kuih yang sudah pupus. Selamat menjamu selera!

Dikirim dalam Lawak, melayu boleh | 1 Komen »

Melayu Boleh – Binatang

DIkirim oleh melayu boleh di Januari 6, 2007

“I percaye sume lelaki same saje. Mereke adalah buaye-buaye ganas yang zalim,buas dan mementingkan nafsu sendiri. Wanita bagi mereke hanyelah bahan mainan…” kate seorang gadis pade kekasihnye dengan penuh semangat.
“Takkan I pun u anggap begitu?”tanye kekasihnye.
“Ye..u juge buaye macam lelaki lain!”tegas si gadis.
“Kalu i buaye, kenape u masih mendekati diri i???”
Dengan selambe si gadis menjawab”pasal I suke pade sume jenis binatang…”

Dikirim dalam Lawak, melayu boleh | Leave a Comment »

Melayu Boleh – Sukan Yang Sudah Pupus Di Dunia 2

DIkirim oleh melayu boleh di Januari 6, 2007

RENANG BERIRAMA DANGDUT RAGGAE-
Tidak jauh bezanya dengan renang berirama yang dipertandingkan pada masa kini namun irama dangdut raggae yang dipermainkan pada masa kejohanan ini membuatkan banyak peserta mengalami sakit-sakit sendi. Peserta perlu menyelam ke dasar kolam dengan gaya kepala ke bawah air dan punggung timbul di atas air kemudian menggoyang-goyangkan punggung persis penari dangdut. Peserta yang ‘vibrating’nya paling lama dianggap pemenang. Kepupusan sukan ini adalah kerana kesemua pesertanya adalah LELAKI…wueekkk…nak muntah.

BOLA TERAJANG-
Memang tidak dinafikan sukan bolaterajang adalah sepopular bolasepak pada masakini. Sukan ini memerlukan padang sebesar KLIA dan pesertanya pula seramai 2000 orang. Terdapat 80 tiang gol serta penjaga golnya sekali. Apabila bola dibaling masuk oleh pengadil, kesemua peserta hendaklah terajang apa sahaja didepan mereka tetapi tidak boleh langsung menerajang bola tersebut. Sesiapa yang kakinya terterajang bola tersebut maka mereka akan diberikan kad merah. Ini akan membuatkan peserta mengamuk dan menerajang diri mereka sendiri dan sanak saudara mereka. Kepupusan sukan ini adalah disebabkan diharamkan oleh FIFA kerana presiden FIFA pada masa itu pernah kene terajang oleh tukang kebunnya kerana beliau tidak membeli rokok yang dipesan.

BOLA TELANJANG-
Jangan salah faham! Bola telanjang sangat berbeza dengan bola keranjang yang dipertandingkan pada hari ini. Walau namanya sedikit lucah namun sebenarnya yang telajang hanyalah bola tersebut bukan pesertanya. Sukan ini dipertandingkan dengan cara peserta hendaklah mengupas bola tersebut seperti mengupas buah limau. Bola hendaklah dikupas sehingga telanjang. Namun selepas dikupas bola tersebut akan pecah dan kehilangan angin. Ini menyebabkan peserta hilang akal dan batuk-batuk akibat keresahan pada diri mereka. Kepupusan sukan ini adalah disebabkan…disebabkan…hmmm…apa gua mau kelentong lagi aaaa?? Lu olang pikir sendili la apa pasat dia punya kepupusan.

Nanti saya akan dedahkan pula baju-baju yang sudah pupus didunia pada masa akan datang!!

Dikirim dalam Lawak, melayu boleh | Leave a Comment »

Melayu Boleh – Cabut gigi

DIkirim oleh melayu boleh di Januari 6, 2007

Pada satu hari, seorang pemuda pergi berjumpa doktor gigi. Nama dia Syakirin.
Syakirin: “Selamat pagi doktor”.
Doktor : “Selamat pagi, ha duduk!”
Syakirin: “Doktor, berapa harga nak cabut sebatang gigi”.
Doktor : “Sebatang RM120 sahaja!”
Syakirin: “Tak der yang murah lagi ker doktor?”
Doktor : “Kalau nak murah, cabut guna playa RM50 saja! nak ker?”
Syakirin : “Masih mahal lagi doktor! ada tak yang paling murah?”
Doktor : “Ada! Apa kata saya suruh anak buah saya yang cabut, cuma RM20 saja!”.
Syakirin : “Cantik doktor!! terima kasih! okey bubuh nama bos saya untuk rawatan esok!.”

Dikirim dalam Lawak, melayu boleh | Leave a Comment »