Melayu Boleh – Boleh kah Melayu?

Melayu Boleh – Melayu boleh buat Lawak

Archive for Januari 2007

Melayu Boleh – Isteri pemandu teksi

Posted by melayu boleh di Januari 31, 2007

Seorang suami merungut kepada isterinya kerana menaiki teksi hari-hari ketempat kerja.

Suami: Awak nih hari-hari naik teksi ke pejabat. Awak tahu tak ia melibatkan belanja yang tinggi.

Isteri: Habis tu kalau saya tak naik teksi, saya nak naik apa lagi. Saya nak tumpang kawan ke pejabat awak tak kasi, nak naik LRT tak ada kat sini, nak naik komuter stesen jauh. Habis awak nak saya naik apa jalan kaki.

Suami: Kawan awak tu lelaki sebab itu saya tak kasi nanti awak ada affair pulak dengan dia.

Isteri: Allo awak dah lupa ke yang awak tu drebar teksi. Bukan ke awak yang hantar saya hari-hari ker?

Suami: Eh! ye ke. Hehehehe….lupa plak..

Advertisements

Posted in Lawak, melayu boleh | 1 Comment »

Melayu Boleh – Atong dan Pak Mat Kastam

Posted by melayu boleh di Januari 30, 2007

Atong melalui sempadan Siam menggunakan basikal. Dua beg besar tersandang di belakang Atong. Pak Mat Kastam menahan Atong dan bertanya, “Apa dalam beg tu?”, “Pasir,” jawab Atong.

“Turun dari basikal!, kita tengok apa betul kau bawak pasir!” Pak Mat Kastam terus mengambil beg tersebut dan dengan pantas membuka beg itu. Sementara pasir itu di ujikaji, Atong di tahan dilokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dan diteliti, pasir yang dibawa Atong memang pasir tulin dan tiada lain selain dari pasir semata-mata. Atong dibebaskan. Pasir kepunyaan Atong di masukkan semula ke dalam begnya dan melepaskannya melalui sempadan ke Malaysia.

Keesokannya perkara yang sama berlaku. Pak Mat Kastam tanya, “Apa yang kau bawak?” “Pasir” kata Atong. Pak Mat Kastam tak puas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, tapi beg Atong tak ada benda lain selain pasir semata-mata. Atong dibenarkan melalui sempadan dengan basikalnya.

Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama setahun. Pada suatu hari Atong tak muncul di sempadan. Pak Mat Kastam merasa pelik kerana Atong tak pernah tak melintas sempadan walaupun pada cuti umum. Suatu hari Pak Mat Kastam terjumpa Atong di sebuah pekan.

“Atong” tegur Pak Mat Kastam, “Aku tau kau ada seludup sesuatu. Aku tak boleh tidur memikirkannya. Ok lah antara kita berdua, kau dan aku, sebenarnya apa yang kau seludup?”

“Basikal”, jawab Atong ringkas.

Posted in Lawak, melayu boleh | Leave a Comment »

Melayu Boleh – Kisah benar peniaga nasi lemak

Posted by melayu boleh di Januari 29, 2007

Cerita ini dikirim oleh saksi kejadian. Cerita ini mengisahkan seorang peniaga Nasi Lemak di Kampong Baru, kedai makannya sungguh laku dan pelanggan setiap hari memenuhi kedainya untuk mendapatkan nasi lemak setiap hari. Menurut beliau, resepi sambal keluarga turun-temurun merupakan strategi utama menyebabkan nasi lemak beliau laris.

Tanpa pengetahuan orang ramai, rupa-rupanya “resepi rahsia” yang dimaksudkan itu ialah bangkai ular yang digunakan sebagai pelaris untuk menyedapkan nasi lemak beliau. Bangkai ular berkenaan diwapkan didalam periuk nasi lemaknya menggantikan daun pandan. Setelah lama mengaut keuntungan hasil menipu orang ramai, Kak Kiah (nama betulnya perlu dirahsiakan) bercadang untuk menunaikan umrah di Mekah menggunakan hasil perniagaan beliau.

Pada malam sebelum beliau bertolak ke Jeddah, anak sulongnya menyatakan bahawa ibunya meraung-raung kepanasan walhal malam itu hujan renyai-renyai diluar. Setelah tidak tahu untuk berbuat apa-apa, maka beliau memanggil orang kampung termasuklah saya (penulis) ke rumah untuk membantu. Kalau nak diikutkan pengalaman saya, hanyalah sedikit sahaja dalam ilmu perubatan ini.
Saya sampai kira-kira jam 10.30 malam, ketika itu hujan renyai masih belum berhenti di sambut pula dengan raungan Kak Kiah yang semakin kuat.Saya selawat tiga kali sebelum melangkah masuk ke rumah 2 tingkat Lorong Raja Muda itu dan memberi salam. Jiran-jiran sudah ramai menunggu didalam.

Kak Kiah berada ditengah dengan 6 orang lelaki memegang tangan dan kaki beliau. Saya mengambil tempat dikepalanya dan melihat badannya berpeluh-peluh manakala kulitnya seperti hendak menggelupas. Saya meminta air masak, sebiji telur, santan kelapa dan ikan bilis daripada anak lelakinya.

Ianya tidak menjadi masalah kerana merupakan bahan yang digunakan seharian. Saya gelekkan telur pada permukaan dahinya, raungan Kak Kiah semakin kuat dan nyatanya beliau sungguh marah sungguh terkejut saya apabila beliau menjelirkan lidahnya lalu terkeluar lidah yang bercabang seperti ular. Tanpa membuang masa saya menaburkan ikan bilis ke atas badannya lalu dicurahkan dengan air masak, rontaan Kak Kiah semakin kuat, kulitnya mengelupas dan bersisik lagi busuk.

Lalu saya minta anak lelakinya mencurahkan santan ke badannya, Kak Kiah menjerit kuat dan meronta-ronta. Pada ketika itu seluruh badannya mengeluarkan asap, begitu juga daripada bawah tilamnya. Bau yang busuk tadi telah berganti bau wangi umpama lemak yang datang daripada bawah tilam. Saya arahkan jiran-jiran mengangkat tilam berkenaan.

Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati dibawah tilam beliau, penuh
dengan Nasi Lemak.

Heh…Heh…Heh…Jangan marah …… Dah! Cerita ni tipu jer
……..Pergi
buat keje tu haa …apo … nak makan gaji buto ko ?????

Posted in Lawak, melayu boleh | 4 Comments »

Kisah Encik Mahphus dan TNB

Posted by melayu boleh di Januari 28, 2007

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, “ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor.”

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka.

Pegawai TNB tu pun berkata “ini rumah En. Mahpus ker?” “iya, saya ni isterinya. ada apa encik”

Pegawai TNB tu pun berkata, “Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah.”

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu.

“APA??? Macam mana pulak encik tahu yg sa! ya ni sebulan lewat???”

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab “ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online”

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.

“APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu???”

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan “Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan”

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahpus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata

“Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. “sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je…” kata-kata pegawai TNB tu
membuatkan si Mahpus naik berang.

“APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh….”

Lalu pegawai TNB tu pun cakap “kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya………..”

Si Mahpus mencelah “apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???”

Pegawai TNB tu pun cakap ” nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA….”

Posted in Lawak, melayu boleh | 5 Comments »

Melayu Boleh – Konflik suami isteri

Posted by melayu boleh di Januari 27, 2007

Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran tetangga.

“Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau,” terdengar pekikan si Wahid. Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya. Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu.

“Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?” tanya jirannya.

“Tidak!” jawab Minah.

“Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!”

Posted in Lawak, melayu boleh | 4 Comments »

Melayu Boleh – Kencing Masam lebih teruk

Posted by melayu boleh di Januari 26, 2007

KENCING MASAM LEBIH TERUK

Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu, Kelantan, seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama.

Lelaki muda menyapa, “Pok cik ni sakit gapo?”
“Kecing manih. Lamo doh.”

Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya orang muda di sebelahnya,

“Tu bakpo pulok?”
“Kecemase”

“Oohh rupanya kecing mase lebih teruk dari kecing manih.”

Posted in Lawak, melayu boleh | 3 Comments »

Melayu Boleh – Daging yang boleh terbang dan berenang sahaja

Posted by melayu boleh di Januari 25, 2007

Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.

Doktor: “Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang”

Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi ke rumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang. Mendengar itu, Doktor merasa tenang kerana menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang di mana Salim berada.

Namun apa yang dilihatnya di kolam renang? Salim berada di dalam air melatih kambing berenang!!!

Posted in Lawak, melayu boleh | 2 Comments »

Melayu Boleh – Alahai saintis

Posted by melayu boleh di Januari 24, 2007

Seorang saintis ingin membuat kajian tentang seekor katak,dia pun mengambil seekor katak dan menguji lompatan katak tersebut, ujikaji pertama dijalankan oleh saintis tersebut, saintis itu meletakkan katak dan menyebut “LOMPAT!” kemudian katak itu melompat 4 kaki jauh.

Saintis itu menulis dalam buku ujikaji nye :katak 4 kaki,lompat 4 kaki jauh. Kemudian saintis memotong 2 kaki katak dan menyebut “LOMPAT!” Katak melompat 2 kaki jauh.Kemudian dia menulis :katak 2 kaki,lompat 2 kaki jauh.

Kemudian saintis memotong lagi 2 kaki katak dan dia menyebut “LOMPAT!” Katak tidak melompat, kemudian dia menyuruh lagi katak tersebut lompat tetapi katak tidak melompat, dan dia pun menulis dalam buku ujikaji nye :katak tak ada kaki, mengalami masalah pendengaran…

Posted in Lawak, melayu boleh | 3 Comments »

Melayu Boleh – Memo untuk semua pekerja

Posted by melayu boleh di Januari 23, 2007

Peraturan mengenai sakit dan yang berkaitan dengannya;

CUTI
Kami tidak akan menerima lagi surat keizinan doktor(MC) sebagai bukti bahawa anda sakit. Bila anda dapat pergi ke doktor beerti anda dapat pergi ke pejabat

BEDAH
Selama anda bekerja di sini, dilarang melakukan sebarang pembedahan.Anda memerlukan semua organ tubuh anda selengkapnya. Anda tidak boleh mengurangi bahagian tubuh anda walau apa jua bahagian. Dipejabat ini kami mempergunakan anda sepenuhnya.

CUTI KEMATIAN
Ini bukan alasan untuk tidak masuk pejabat. ****

KEMATIAN DIRI SENDIRI
Hanya ini yang akan diterima sebagai suatu alasan kematian. ****

Posted in Lawak, melayu boleh | 1 Comment »

Melayu Boleh – Jam dinding

Posted by melayu boleh di Januari 22, 2007

Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut. Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.

Entah macam mana ada pulak bangkai seekor lipas di celah-celah tempat bateri tu…beliau pun dengan bangganya memberitahukepada anak-anak buahnya.

“OOOO…patutlah tak jalan. Drebarnya mati tershepittttt….!!

Posted in Lawak, melayu boleh | Leave a Comment »

Melayu Boleh – Budin VS Kucing, Siapa Handal?

Posted by melayu boleh di Januari 21, 2007

Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu. Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin. Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi, Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya, lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan.

Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentah lagu ‘Cindai’ nyanyian Siti Nurhaliza. Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang menyeluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan. Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lebih jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala selekoh habis dirempit dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.
Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar…
Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.
Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi…
Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.
Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni!…

Posted in Lawak, melayu boleh | 5 Comments »

Melayu Boleh – Ubat sakit kepala

Posted by melayu boleh di Januari 20, 2007

Seorang bos masuk ke pejabat dalam keadaan sakit kepala. Seorang pekerja
memerhati keadaannya, lalu bertanya, “Kenapa bos? Nampak macam sakit sahaja?”

“Yalah Semaun, kepala aku ni sakit sangat!” kata bos.

“Dua hari lepas saya pun sakit kepala juga bos. Tapi bila balik, isteri saya bawa ke katil, peluk dan mencium saya. Lepas itu kami bercumbuan. Habis saja kami bercumbu, sakit kepala terus hilang. Saya rasa bos pun patut buat macam tu juga,” terang Semaun.

“Betul ke? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteri engkau sekarang!!!”

Posted in Lawak, melayu boleh | 3 Comments »

Melayu Boleh – Pukul berapa buka?

Posted by melayu boleh di Januari 19, 2007

Pada suatu tengah malam telefon di rumah seorang pustakawan berdering.

“Pukul berapa perpustakaan akan dibuka?” seorang pemuda di hujung talian bertanya.

“Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelefon saya di tengah malam buta ni?” tanya pustakawan tadi.

“Tak boleh buka awal lagi ke?” pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.

“Tidak, perpustakaan hanya akan dibuka pada pukul 9!” pustakawan itu menjawab dengan nada yang tinggi. “Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?

“Siapa kata saya mahu masuk?” kata pemuda itu kesal, “SAYA MAU KELUAR!”

Posted in Lawak, melayu boleh | Leave a Comment »

Melayu Boleh – Makcik dari Kampung

Posted by melayu boleh di Januari 18, 2007

Pada suatu hari, seorang Makcik Minah datang ke Kuala Lumpur untuk kali pertama untuk berjumpa anaknya yang menetap di situ dan berkahwin dengan orang kaya setelah mencanangkan kepada orang-orang kampung. Dia turut membawa rakannya Bibah. Oleh kerana hari telah lewat malam, dia ‘check-in’ di sebuah hotel mewah semata-mata mahu menunjuk kepada Bibah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Makcik Minah.

Makcik Minah dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Makcik Minah melihat ke sekeliling. Beliau tiba-tiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut.

“Eksekius mi. Cik jangan ingat makcik datang dari kampung, tak tahu duduk di hotel. Sudah bayar ratus-ratus, cik bagi saya bilik ini pula. Kecil, tak ada TV, tak ada almari, apa pun tak ada. Katil nak tidur pun tak ada. Hei jangan nak tipu orang la,” Makcik Minah memaki hamun pelayan tersebut kononnya untuk menutup malu pada Bibah.

Lalu pelayan itu pun menjawab, “Sabar makcik, ini baru lif…”

Posted in Lawak, melayu boleh | 2 Comments »

Melayu Boleh – Tidak suka perang

Posted by melayu boleh di Januari 17, 2007

Pada suatu pagi, seorang guru sejarah bercadang mahu mengajar mengenai peperangan berlaku. Guru tersebut bertanyakan kepada para pelajarnya sama ada mereka menggemari peperangan atau mahukan keamanan. Kesemua pelajar bersetuju bahawa mereka lebih sukakan keamanan.

“Ada sesiapa diantara kamu yang bole memberikan sebab kenapa kamu bencikan peperangan?” tanya guru tersebut.

Seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bangun. Guru itu memandang pelajarnya dengan penuh minat untuk mengetahui jawapan pelajar tersebut.

“Saya bencikan perang, sebab peperangan akan membentuk sejarah. Sedangkan saya tidak sukakan mata pelajaran sejarah” jawab pelajar itu.

Posted in Lawak, melayu boleh | Leave a Comment »

Melayu Boleh – Sini tak boleh berenang

Posted by melayu boleh di Januari 16, 2007

Seorang wanita berjalan di sebuah kawasan dusun. Tiba-tiba dia bertemu sebuah kolam. Lalu dia segera menanggalkan pakaian dan bersedia untuk terjun.
Tiba-tiba pemilik dusun itu muncul dan menjerit dari tempat persembunyiannya,

“Dilarang berenang! Saudari tidak dibenarkan berenang di dalam kolam ini!”

Wanita tersebut tergesa-gesa mengambil pakaiannya.

“Kenapa tak melarang saya sejak tadi, sebelum saya menanggalkan pakaian?” soal wanita tersebut.

“Memanglah disini tak dibenarkan berenang, tetapi saudari tak dilarang untuk menanggalkan pakaian,” jawab pemilik dusun dengan selamba.

Posted in Lawak, melayu boleh | Leave a Comment »

Melayu Boleh – Menang loteri 3 juta

Posted by melayu boleh di Januari 15, 2007

Seorang lelaki bergelar suami pulang ke rumah dan memanggil isterinya secara tiba-tiba.

Suami: Sayang, cepat kemaskan beg awak!
Isteri: Kenapa?
Suami: Abang baru menang loteri 3 juta ringgit.
Isteri: Wah, bagusnya! Abang nak saya kemaskan beg untuk bercuti ke mana? Kita hendak naik kapal mewah atau bercuti keluar negara bang?
Suami: Suka hati awaklah. Saya tak peduli ke mana awak hendak pergi. Yang penting, awak seorang yang keluar dari rumah ini!

Posted in Lawak, melayu boleh | 1 Comment »

Melayu Boleh – Hukuman Mati

Posted by melayu boleh di Januari 14, 2007

Seorang warden penjara cuba untuk menghiburkan tahanan penjara yang akan menjalani hukuman mati di atas kerusi elektrik, gilirannya akan tiba sebentar nanti.

“Jangan takut. Daya voltannya sangat tinggi, lagi pun semuanya terjadi dalam masa yang sangat singkat,” warden berkata.

Kebetulan pula dari kejauhan terdengar laungan kesakitan yang amat luar biasa kuatnya dan perpanjangan.

“Saya pergi ke sana sebentar untuk melihat,” katanya.

Tidak lama kemudian, warden tersebut kembali. Dengan selamba dia berkata, “Tak ada masaalah yang berlaku, cuma masalah teknikal sahaja. Sekarang elektrik terputus, jadi mereka gunakan LILIN sebagai gantinya, itu sajaaaaa…”

Posted in Lawak, melayu boleh | 1 Comment »

Melayu Boleh – Ingat saya bersenang lenang di sini

Posted by melayu boleh di Januari 13, 2007

Seorang isteri sangat sedih kerana akhir-akhir ini suaminya sering pulang malam dan dalam keadaan mabuk. Suatu hari dia memarahi suaminya.

“Oh, abang selalu bersenang lenang di luar dan meninggalkan saya di rumah!”

Akhirnya si suami memutuskan untuk mengajaknya ke bar. Sesampainya di sana, si suami memesan minuman keras seperti biasa dan memesankan satu gelas untuk isterinya. Ketika si isteri cuba meminumnya, dia terus memuntahkannya kembali.

“Minuman apa ini? Isshhhh.. tak sedap langsung…!” rengus si isteri.
“Tulah, jadi jangan anggap saya bersenang lenang di sini…”

Posted in Lawak, melayu boleh | Leave a Comment »

Melayu Boleh – Saksi serba tahu

Posted by melayu boleh di Januari 12, 2007

Di sebuah mahkamah, satu kes sedang di dengar dengan menghadirkan seorang saksi utama seorang ibu tua. Peguamcara mendapat giliran pertama untuk bertanya beberapa soalan kepada saksi.

Peguamcara : Makcik Fatima, makcik kenal siapa saya?
Makcik Fatima : Ya, saya tahu benar siapa kamu, malah sejak kecil lagi. Kamu suka berbohong dan mengata di bekalang kawan-kawan kamu. Aku juga tahu kamu ada menyimpan perempuan simpanan di luar dan aku berasa amat kasihan dengan isterimu. Selain itu kamu suka bercakap besar, yang sama sekali tidak berasas dan benar.

Peguamcara tersebut terpegun lain yang di tanya .. lain pula jawapan yang diterima.Untuk mengatasi kekejutannya, ia bertanya dengan selambanya,..

Peguamcara : Makcik Fatima pasti juga mengenali Tuan Hadi, peguambela?
Makcik Fatima : Oh ya, tentu saja. Bahkan ibunya dulu sering meninggalkannya bersamaku waktu dia masih kecil. Tak jauh beza dengan kamu, Hadi juga mengecewakan. Dia pemalas, suka menggoda perempuan dan hidupnya seolah-olah tanpa tujuan..

Habis sahaja Makcik Fatima berbicara, hakim memanggil peguamcara dan peguambela untuk menghampirinya…

“Jika kamu berdua menanyakan kepadanya adakah ia kenal denganku.., kamu berdua akan aku masukkan ke dalam penjara kerana menghina mahkamah…,” kata hakim.

Posted in Lawak, melayu boleh | 2 Comments »