Melayu Boleh – Boleh kah Melayu?

Melayu Boleh – Melayu boleh buat Lawak

Melayu Boleh – Belajar Bahasa Melayu Kuno bersama Prof.

Posted by melayu boleh di Januari 4, 2007

Kali ini saya ingin membuka kelas bahasa melayu Kuno. Bahasa-bahasa ini sudah tidak digunakan lagi pada masa kini. Ia digunakan pada tahun sekitar 1511-1621. Kepada adik-adik, jangan gunakan dalam karangan di sekolah yerr!

1.KENYUMIK
Maksud: Senyum yang menampakkan sedikit lidah bersama dengan mimik muka ala-ala sejenis binatang yang tidak boleh disebut.
Contoh Ayat: Anuar Zink yang sedang menunggu bas telah berkenyumik kepada makcik Rosalinda yang sedang membawa anak kucingnya berjalan-jalan. Anak kucing makcik Rosalinda kemudian mati kerana kekenyumiktan si Anuar Zink berada pada tahap keburukan yang amat dasyat.

2.KUTILPUNYUT
Maksud: Perbuatan yang tidak disenangi oleh ketua kampung seperti menyiram kambing dengan air panas, membuat tatto pada badan lembu dan mengajak ayam pergi karaoke.
Contoh Ayat: Satu kampung tahu dengan perangai Roberto yang suka kutilpunyut binatang-binatang ternakan. Lalu satu jawatankuasa khas telah dirombak oleh orang kampung bagi membolehkan Roberto dikutilpunyut oleh ayam-ayam belaan makcik Rubella.

3.TELUMPAK
Maksud: Membaling telur labi-labi ke arah orang yang sedang mengadakan ceramah perdana.
Contoh Ayat: “Kurang asam punya Redondo, ditelumpaknya aku dengan tetamu-tetamu kehormat sekali kena. Kalau yer pun jangan la marah sangat pasal aku nikah dengan janda dia.” Kata Datuk Dr. Alberto Einsteino kepada penjaga tandas Central Market sambil menelumpak ke muka penjaga tandas tersebut.

4.KOLKOTUM
Maksud: Sejenis minuman ringan didalam tin perasa daun ketum yang akan membuatkan peminumnya buta huruf.
Contoh Ayat: Kerana terlalu banyak mengambil kolkotum yang berlebihan, seluruh penduduk Kg. Tempoyang terpaksa masuk tadika semula akibat sudah tidak tahu lagi membaca buku. Perbuatan seperti ini bolehlah diumpamakan seperti Karam dilaut boleh kurenang, Karam di hati nak bayar hutang. Karam Sinkh Walia untuk TV3.

5.SYIRUM
Maksud: Menyorok dari perbuatan yang menakutkan.
Contoh Ayat: Luziano yang sedang melarikan diri dari ceti telah mensyirum ke dalam kain pelikat ketua kampung yang sedang mengadakan kuliah subuh. Akibat dari perbuatan itu Luziano telah ditempeleng 8 kali kerana telah menjatuhkan martabat ketua kampung iaitu pakcik Leornardo.

6.SPENTOT
Maksud: Spender yang menampakkan sedikit bontot.
Contoh Ayat: Semasa pakcik Leornardo menyertai pertandingan lari dalam guni peringkat kg. Tempoyang, dia terjatuh semasa mengambil korner tajam kemudian terguling-guling ke arah himpunan pelajar Pandu Puteri dan terpelanting keluar dari guninya. Lalu ternampaklah spentot lubang-lubangnya yang berjenama remona. Akibat dari kejadian itu, pakcik Leornardo sangat malu sehingga menarik diri dari melakonkan watak utama dalam drama makcik Rosalinda.

Sekian dahulu kelas saya pada hari ini. Kepada komentar, sila komen apa benda yang korang nak belajar. Saya buleh ajarkan. Selamat minum sirap!

Satu Respons to “Melayu Boleh – Belajar Bahasa Melayu Kuno bersama Prof.”

  1. wani said

    boleh terang kan asal usul perkataan ‘ingat’… ini bahasa sanskrit yang dimelayukan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: