Melayu Boleh – Boleh kah Melayu?

Melayu Boleh – Melayu boleh buat Lawak

Melayu Boleh – Cucuku yang nakal

Posted by melayu boleh di Januari 5, 2007

Aku ada seorang cucu namanya Jendul , die ni baru 4 thn aje…tapi nakal mengalahkan atuknya. Bayangkan la suka sangat die naik kat belakng tengkok aku yg dah nak mereput ni..silap ari boleh tanggal dibuatnya.

Satu sikap yang membuatkan aku bengang tahap maksimest kat die ni suka sangat kacau aku time aku makan. Apa yg aku nak makan itu le yg die nak…geram tul aku..aku belum sempat nak makan die dah songlap bawak lari makanan aku tu.

Suatu hari….bini aku masak la bubur durian…aku memang dah lama mengidam tu…aku pon ambik la semangkuk dan cover line la takut cucu aku nampak kang die rembat plak bubur yg aku ambik tu.Aku rase la sesudu dua pastu simpan bio die sejuk dulu…

Tiba2..aku tengok dah hilan gdah gerenti cucu aku ambik..dan kantoi la cucu aku tu tgh makan bawah tangga umah aku…aku pon dgn muka tanpa perasaan dan toye jer melihat perangai die yg buruk hampeh tu…agaknya die terase sebab aku buat muka mancho semcam jer….die cam rase bersalah plak….

“Atuk marah ke Jendul wat cam tu…sory la tuk” katenya “Jendul janji tak wat lagik…atuk jgn la ambik ati…..”sambungnya aku terus membisu dengan muka yg inersion ” ala tuk…..nanti jendul ambik kan yg lain yer….senyum la sikit tuk…ala tuk…senyum la sikit”die cuba memujuk aku..

Akhirnya aku pon ok la atuk tak marah sambil mengukirkan senyuman kepada nya tanda memaafkannya.

“Eh atuk…pasal gigi palsu atuk tak der…..”die tiba2 menyapa.
“Atuk sorok kan dalam bubur atuk tadi…”

Semenjak hari tu cucu aku terus balik kl ikut mak ayahnya dan tak balik2 lagik ke rumah aku..haaaaa sedihnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: