Melayu Boleh – Boleh kah Melayu?

Melayu Boleh – Melayu boleh buat Lawak

Melayu Boleh – Jenis Kuih Yang Sudah Pupus Di Dunia

Posted by melayu boleh di Januari 7, 2007

1.KUIH BAU LU
Kuih ini sering dihidangkan pada hari raya seperti kuih bahulu. Namun kuih ini sangat berbeza rupa bentuknya kerana ia seiras dengan bentuk ketiak dubuk. Rasanya yang masam masin membuatkan anda puith mata kerana rasanya yang tahap cilabi(cebisan daging labi-labi). Kalau rasanya dah tahap cilabi, baunya pula adalah tahap chilavert(penjaga gol colombia) yang mana baunya akan membuatkan lubang hidung anda sebesar ekzos gen2. Kuih ini akan meninggalkan kesan bau pada mulut si pemakan kalah bau kain tungkek(kain yang sudah pupus di dunia) dan orang yang membaunya akan berkata ” ini mesti bau lu, gua ada bau punya, bau lu ni.”. Kepupusan kuih ini adalah disebabkan PBB telah mengharamkan pengeksportan serbuk kayu geting ke serata dunia yang menjadi salah satu bahan kuih ini.

2.MUBARAK
Sebelum murtabak dikomersialkan, mubarak lebih dahulu dikomer’SIAL’kan oleh pedagang-pedagang Portugal yang diketuai oleh Kuiz Pigo dan Pauleka. Kuih ini ditebar dihadapan orang melayu Melaka yang terpegun dengan aksi Pigo menebar kulit mubarak. Selepas dia menebar tepung seperti roti canai itu, dia pun meletakkan inti yang terdiri dari ikan yang dah 10 hari mati, janggut sotong, tapak sleman, lumut laut dan sedikit muntah hijau. Selepas itu dia pun menggoreng di atas rim tayar yang panas dan selepas siap di goreng pigo dan pauleka memakan sendiri masakan mereka itu. Lalu orang Melaka yang melihat aksi itu muntah kuning dan masuk ICU akibat kejijikan pedagang portugis. Lalu akibat malu Pigo ngan Pauleka pulang ke portugal tanpa tiada siapa pun dari Melaka menjamah kuih itu. Kepupusan kuih ini adalah disebabkan kekalahan Portugal dalam sukan bolaterajang(sukan yang sudah pupus di dunia 2) kerana Pigo menghidangkan kuih mubarak kepada pemain sekaligus menyebabkan kesemua pemain terkena kencing manis tahap 9.

3. KARIBOB
Kuih ini diusahakan oleh BOB akademi fantasial sebelum adanya kuih karipap. Bob telah mengusahakan kuih ini dengan menokok tambah pada designnya, colournya dan rasanya. Untuk design kuih karibob ini dia telah membentuk dengan rekabentuk ala-ala bentuk cipanzi, kemudian kalernya pula dikalerkan dengan kaler cokelat kehitam-hitaman dan rasanya pula persis rasa najis Kongkang dan baunya pula sebijik bau mulut biawak. Kemudian BOB membungkuskannya dalam plastik Alam Flora selepas itu dijual dengan harga RM10 sekati. 15 hari selepas menjalankan perniagaannya itu, BOB dilihat telah kembali ke rahmatullah kerana mati akibat termakan kuihnya sendiri. “Saya sedih dengan kematiannya kerana kuih karibob ciptaannya memang sedap tahap lipan.”Kata seorang artis amerika, Mariah Kari. Kepupusan kuih ini adalah disebabkan Mariah Kari telah menukarkan nama kuih itu ke nama Karipap sempana nama ayah Mariah iaitu encik Kari Pap Johnson.

Sudahlah la dulu. Sampai takat ni je. Nanti saya akan dedahkan lebih banyak kuih yang sudah pupus. Selamat menonton rancangan Nona.

Satu Respons to “Melayu Boleh – Jenis Kuih Yang Sudah Pupus Di Dunia”

  1. Assalamu’alaikum Wr. Wb.
    Selamat datang di MelayuOnline.com. Dunia Melayu se-dunia.
    MelayuOnline.com adalah portal (pangkalan data) dunia Melayu dan kemelayuan se-dunia yang diluncurkan pada tanggal 1 Muharram 1428 H (20 Januari 2007) oleh Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu (BKPBM). Pembuatan portal ini merupakan realisasi salah satu program BKPBM yaitu menggali, mengumpulkan, memelihara serta mengekalkan pelbagai khazanah budaya Melayu yang masih berlaku di masyarakat maupun yang pernah ada di masa lampau, sehingga budaya Melayu yang selama ini masih merupakan mosaik-mosaik lepas dapat terajut menjadi hamparan dokumentasi yang utuh dari sebuah peradaban besar. Dengan kata lain, BKPBM bertujuan untuk melestarikan tradisi budaya dengan cara yang tidak tradisional melalui teknologi informasi yang merupakan keniscayaan yang tidak dapat ditawar lagi.
    MelayuOnline.com adalah pangkalan data yang merupakan dokumentasi, inventarisasi, dan penyajian informasi tentang segala ikhwal dunia Melayu dan kemelayuan yang dihimpun dari berbagai sumber pustaka kemelayuan maupun dari ratusan media cetak dan media online di Indonesia serta negara-negara lain. Data-data tersebut diklasifikasi dan disusun berdasarkan berbagai kategori dalam kerangka struktur yang dapat dipertanggungjawabkan keabsahannya secara akademik. Hal tersebut dimaksudkan untuk membantu siapa saja yang ingin mengetahui dan memahami budaya Melayu, baik secara ringkas-sepintas ataupun serius-mendalam untuk kajian dan penulisan paper, makalah, skripsi, tesis, disertasi maupun keperluan lainnya. Portal ini terdiri atas 23 menu utama yang mengupas tuntas segala ikhwal dunia Melayu, meliputi: home; berita; artikel; sejarah Melayu; budaya Melayu; sastra Melayu; tokoh Melayu; pakar/periset Melayu; penghargaan; direktori; ensiklopedi Melayu; kamus Melayu; resensi buku, perpustakaan; agenda; pautan; forum; koleksi; kedai; peta situs; donasi; tentang kami; dan hubungi kami. Setiap menu dibagi lagi dalam berbagai sub menu maupun sub-sub menu lain yang komprehensif, sehingga kehadiran portal ini diharapkan dapat memenuhi misinya sebagai pangkalan data dan informasi dunia Melayu dan kemelayuan se-dunia.
    MelayuOnline.com didedikasikan sepenuhnya bagi kegemilangan tamadun Melayu, dikelola oleh insan-insan Melayu yang memiliki kepedulian terhadap pengekalan dan pengembangan warisan budaya Melayu. Sebagai sebuah portal, kelengkapan isi (data-data, artikel, informasi, referensi, foto, dan ikhwal apa saja tentang Melayu) yang terdapat di MelayuOnline.com, tidaklah akan lengkap dan akurat tanpa kontribusi dari Anda semua. Kontribusi dari berbagai pihak akan sangat berharga bagi pangkalan data ini untuk perkembangan dunia Melayu se-dunia. Desain visual, desain struktur isi maupun data-data baik artikel, informasi, referensi, foto, dan sebagainya tentang dunia Melayu di dalam portal ini dilindungi oleh Undang-undang Hak Cipta dan telah didaftarkan hak patennya. Meskipun demikian, siapapun diijinkan untuk mengkopi, menyadur atau mempublikasikan semua isi yang terkandung di dalam portal ini dengan syarat harus mencantumkan MelayuOnline.com sebagai sumber yang dikutip.
    Wassalamu’alaikum Wr.Wb.
    Pemangku Balai
    H. Mahyudin Al Mudra, SH.MM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: