Melayu Boleh – Boleh kah Melayu?

Melayu Boleh – Melayu boleh buat Lawak

Melayu Boleh – Menang bertaruh setiap hari

Posted by melayu boleh di Januari 10, 2007

Ada seorang pak cik yang bernama Pak Din yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak Din dah pun bersiap sedia terpacak di kuanter bank untuk menyimpan RM1000. Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh pengurus Bank. Pengurus Bank itu pun memanggilnya ke pejabat dan bertanya.

Pengurus: Setiap hari saya lihat pakcik akan menyimpan RM1000 di bank.Apa kerja pakcik?
Pak Din: Saya ni sebenarnya tak ada kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.
Pengurus: Ooo… Ini sudah cukup bagus. Tapi pakcik mungkin belum bertemu dengan orang yang hebat macam saya ni. Kalau pakcik bertaruh dengan saya, jangan haraplah nak menang.
Pak Din: Iya ke? Kalau macam tu, mari kita bertaruh.
Pengurus: Ok. Sebutkan apa saja pakcik nak bertaruh dengan saya.
Pak Din: Macam ni… Dalam tempoh 7 hari dari sekarang, encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.
Pengurus: Hahaha.. Tak logiklah pak cik. Tapi tak apa, saya setuju.

Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Esoknya apabila bangun pagi,
pengurus itu pun meraba telurnya. Ooh masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah
sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada… Dengan suka
hatinya pengurus tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak Din.
Pengurus: Maaflah pakcik, telur saya masih lagi ada.

Pak Din : Betul ke? Aku tak percaya. Mari sini aku pegang. Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak Din pun berkata.
Pak Din: Oklah. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni.
Pak Din pun menghulurkan wang RM1000 kepada pengurus tersebut.
Pengurus : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang hebat. Maaflah pakcik. Hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi laaaa. Keh.. keh… keh…

Tiba-tiba Pak Din mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kuanter bank. Pengurus tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak Din.

Pengurus: mana pak cik dapat duit sebanyak tu?
Pak Din: Pak cik bertaruh dengan pengawal kat luar tu tadi RM5000.
Pengurus: Bertaruh apa?
Pak Din: Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur pengurus bank dan dia tidak melawan.
Pengurus : Tak guna punya orang tua.

2 Respons to “Melayu Boleh – Menang bertaruh setiap hari”

  1. chot said

    lawak betul…

    http://gayaruangkepelbagaian.wordpress.com/

  2. Pengajaran die, jangan bertaruh!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: