Melayu Boleh – Boleh kah Melayu?

Melayu Boleh – Melayu boleh buat Lawak

Archive for Februari 2007

Kebangangan anda terserlah

Posted by melayu boleh di Februari 7, 2007

Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Word Perfect Helpline (bantuan > berkenaan Word Perfect melalui telefon). Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walau bagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Word Perfect atas dakwaan “Memecat Tanpa Sebab”. Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:

“Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?”
“Ya, err, Saya ada masalah dengan Word Perfect.”
“Masalah bagaimana tu encik?”
“Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang.”
“Hilang?”
“Ya, ia hilang.”
“Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?”
“Kosong, tak ada apa-apa.”
“Tak ada apa-apa?”
“Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip.”
“Adakah anda masih didalam WordPerfect, atau anda telah keluar?”
“Macam mana saya nak tau?”
“Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?”
“Apa tu si-perom?”
“Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?”
“Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon bila saya taip.”
“Adakah monitor anda ada power indicator?”
“Monitor tu apa?”
“Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV.”
“Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidupkan?”
“Saya tak tahu.”
“OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?”
“Rasa-rasanya.”
“Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda.”
“Yaa, terpasang.”
“Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?”
“Iya ke?.”
“Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut”
“Okay, jumpa dah.”
“Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda.”
“Alamak tak sampai laa.”
“Ok… boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?”
“Tak boleh.”
“Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?”
“Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap.”
“Gelap?”
“Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya ada adalah dari cahaya tingkap.”
“OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda.”
“Tak boleh.”
“Tak boleh? Kenapa?”
“Sebab kat pejabat saya “blackout”, tak ada elektrik.”
“Blackout… tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?”
“Ada… saya simpan kat dalam almari.”
“Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu.”
“Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?”
“Iya, rasa-rasanya macam itulah.”
“Err… okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa dengan pekedai tu?”
“Beritahu mereka anda terlalu bangang untuk memiliki sebuah komputer.”

Advertisements

Posted in Lawak, melayu boleh | 6 Comments »

Kucing dan pakar kaunseling

Posted by melayu boleh di Februari 4, 2007

Seekor kucing kepunyaan seorang pakar konselor menyusup masuk pasar jualan ikan…dan mencuri seekor ikan tenggiri..

Penjual ikan lalu pergi ke pejabat pakar konselor tadi dan bertanya:

“Kalau seekor kucing yang dilepas dan mencuri seekor ikan tenggiri dari kedai saya, apakah saya ada hak untuk menuntut ganti rugi dari pemiliknya ?”

“Tentu saja!” jawab pakar konselor…

Penjual Ikan bersorak kegembiraan “Bagus… kalau begitu encik harus membayar saya RM 10.00 untuk seekor ikan tenggiri yang dicuri oleh kucing encik dari kedai saya tadi pagi.”

Pakar konselor tanpa sepatah kata pun terus membayar RM 10.00 kepada penjual ikan tersebut…

Keesokannya ketika penjual ikan mengambil surat dari peti surat rumahnya.. dia bertemu sekeping surat dari pakar konselor tersebut…. kandungannya: “RM 200.00 untuk perkhidmatan kaunseling”

Posted in Lawak, melayu boleh | Leave a Comment »

Melayu Boleh – Ada berapa kaki

Posted by melayu boleh di Februari 2, 2007

Pada malam itu, Razi pulang lewat ke rumahnya selepas habis meminum arak di pub. Selepas mendapati isterinya, Hana sudah tidur…dia pun terus menarik selimut dan tidur di sebelah isterinya. Dia memandang ke hujung katil dan terus mengira…1, 2, 3, 4, 5, 6. Lalu dia mengejutkan Hana dan berkata, “Eh sayang, ada 6 kaki kat katil kita nie”.

Hana menjawab dalam nada mengantuk, ” Abang, lebih baik abang tidur saja, lagipun abang kan mabuk, mana mungkin 6 kaki, 4 kaki je laa”.

Si Razi pun baring untuk tidur selepas bininya berkata demikian. Tapi dia tidak dapat melupakan lagi hal tadi, lalu dia bangun untuk mengiranya semula. 1, 2, 3, 4, 5, 6….sekali lagi dia mengejutkan bininya dan berkata,
“Sayang, betul lah ada 6 kaki kat katil kita nie”.

Hana yg bengang akan perangai Razi itu pun menjawab, ” Apa laa abang nie, sayang nak tidur pun susah laa. Kalau tak percaya, abang bangun keluar dari katil nie. Pastu cuba kira balik”.
Jadi, Razi pun bangun dari katilnya dan berdiri di hujung katilnya sambil mengira, 1, 2, 3, 4. Kemudian dia berkata, ” A’ah laa sayang, betul cakap sayang tadi…cuma ada 4 kaki saja”.

Posted in Lawak, melayu boleh | Leave a Comment »

Melayu Boleh – Benda yang paling cepat

Posted by melayu boleh di Februari 1, 2007

Jusoh telah diamanahkan supaya memilih dari calon-calon yang memohon untuk mengisi jawatan yang telah ditawarkan. Setelah menyusun dan mencari dari biodata-biodata yang diterima, dia dapati ada 4 pemohon lelaki yang sama dari segala segi kelayakan mereka. Jusoh kemudiannya memutuskan untuk memanggil kesemua 4 pemohon tersebut untuk bersemuka. Dia merancang untuk menanya satu soalan yg akan menentukan siapa sebenarnya yang lebih layak untuk jawatan tersebut.

Harinya pun tiba. Sebaik saja keempat-empat lelaki tersebut mengambil tempat duduk masing-masing dalam bilik temuduga, Jusoh terus bertanya, “Beritahu saya, apakah perkara yg paling cepat sekali berlakunya?” sambil menunding jarinya kepada lelaki yg pertama.

Lelaki pertama dengan penuh keyakinan menjawab, “Fikir. Ia muncul tiba-tiba dalam kepala. Tiada amaran awal tentang kehadirannya. Fikir adalah kejadian yg paling pantas yang saya tau”.

“Itu sudah bagus!” Jawab Jusoh.

“Apa pendapat awak pula?” dia bertanya pada lelaki yang kedua.

“Hmm… ok… Kelip Mata! Ia berlaku tanpa kita sedar pun. Itulah yang terpantas sekali berlakunya”.

“Tepat!, Sekelip Mata.. selalu digunakan untuk menyatakan kecepatan pergerakan sesuatu” sambut Jusoh.

Dia kemudiannya berpaling kepada lelaki ketiga yang terus memberikan jawapannya. “Apabila suiz lampu di’ON’ kita akan dapati lampu segera mengeluarkan cahayanya tanpa lengah walau sedetik pun.

Pergerakan cahaya itulah yang tercepat dan terpantas yang saya tahu”. Jusoh amat terpikat dgn jawapan yg diberikan, dalam fikirannya tertera inilah orang yang dia cari.

Walaubagaimana pun, dia berpaling kepada lelaki keempat lalu mengajukan soalan yang sama. “Setelah mendengar ketiga-tiga jawapan tadi, nyatalah kepada saya iaitu perkara yg paling pantas sekali berlakunya adalah ‘berak cair’. “APA?!” Terperanjat Jusoh dgn jawapan yang diberikan.

“Oh biar saya jelaskan” kata lelaki keempat itu, “Ceritanya begini, suatu hari saya merasa kurang selesa lalu saya terus berlari ke tandas. Tapi, sebelum sempat saya berfikir, belum sempat saya berkelip mata pun dan belum sempat saya ‘ON’ suis lampu tandas tu, saya sudah terberak cair dalam seluar saya.”

Siapa yang dapat kerja tu agaknya…

Posted in Lawak, melayu boleh | 2 Comments »